Posts

Luahan Perasan

Assalamualaikum people....

Welcome back to my blog. Kali ni wawa tak berpuitis or nak bagiany advice. Just sesi luahan perasaan je.

Today is 26/9/2017. Secara rasmi dah 3 weeks wawa dekat Puncak Alam for my second semester of degree. Mulanya im so excited nak mulakan this semester. But sad to say, first week lagi wawa dah nangis. I cant handle this changes. Start from that point,everything yang wawa buat semua nya tak menjadi. I'm not so sure why, but yaa everything that i want to do end up i cant do that.

Actually banyak sangat benda yang jadi awal semester ni. Kadang rasa macam nak give up je semua benda ni. I nak quite and kawin *ada hati nak kawin awal. calon pun tak de* I just nak lari dari semua ni. Tak pun wawa nak tido sampai habis semester ni. So that wawa tak payah berhadapan dengan realiti yang sangat "BAIK" ni. I just penat. Penat nak tanggung semua benda ni. Too much fake smile and fake laugh. Sedangkan dekat dalam ni sakit. Sakit yang kalau boleh hari hari …

Akad

Ketika akad telah terucap
Maka diri ini akan seutuhnya menjadi miliknya
Menjalin janji yang tak akan putus oleh apa pun
Kecuali kematian

Pernikahana mengajar kita tentang kewajiban bersama
Bersama dalam menerima keadaan apa pun dengan bahagia
Susah senang di hadapi
Memulai langkah hidup yang penuh berkah

Yakinlah
Bahawa dua doa akan lebih membawamu ke dalam kebahagiaan

Seandainya isteri di ibaratkan anak kecil
Maka suamilah yang menjadi tempat bermanjanya
Cinta tumbuh dengan sendirinya
Di setiap hati-hatinya yang jatuh
Penuh dengan kenyamanan tersebab iman
Yang menjadi tiang kekuatan pernikahan


Sekian,
xoxo
Adhwa

Mencintai Dari Jauh

Dan sesungguhnya aku mencintai mu kerana Mu
Tetapi dia tidak tahu tentang perasaan ku
Aku mohon beritahu kepadanya Ya Allah
Kerana aku tidak tahu cara mendekatinya
Kecuali mendekat kepada penciptanya

Mengagumi mu dari jauh
Menyayangimu dari jarak yang tak kunjung temu
Jika pesan perasaaan ku telah sampai kepada mu
Percayalah bahawa itu adalah sebenar-benarnya keyakinanku
Aku...
Ingin mencintaimu dengan cara dan jalan yang benar

"Bila Allah tidak memberi,bukan bermakna Allah membenci. Tapi mungkin ada suatu hal yang Allah mahu mita mengerti"

Menjagamu Dalam Diam

Caraku menjaga mu adalah dalam diam ku
Kerana aku tahu
Menjaga adalah untuk seseorang tetap nyaman
Aku diam
Kerana aku ingin kau nyaman
Aku ingin berhak untuk ada
Hingga sampai di mana ketika kamu terluka
Aku menjadi pohon besar bagi mu
Menjadi tempat sandaranmu
Teduh...
Dan menyejukkan

Mungkin ini adalah takdirku
Merentas kerinduan yang tak mungkin terjadi
Tak kau lihat ada satu pena dalam mata ku
Yang ingin aku tuliskan dalam ingatan mu?
Aku akan selalu ada...
Dan tinggalah dalam hatiku
Air mataku
Dan dalam ingatanku

Inginku sederhana
Aku ingin kau bahagia
Aku ingin kau lebih dari apa yang kau miliki sekarang
Dan aku
Ingin menjagamu
Dalam setiap langkah yang kau pijak
Aku ada
Caraku menjagamu adalah dalam diamku


Sekian,
xoxo
Adhwa

Tergantung Sepi

Aku manusia biasa Punya hati dan rasa Punya impian dan cita cita Masih lemah mencari erti kehidupan Terkapai-kapai menghirup udara kehidupan yang deras arusnya
Sampai suatu ketika Aku ketemu dahan yang menjadi kebergantunganku Aku letakkan sepenuh kepercayaan pada dahan itu Pada mulanya dia mampu menampungku Tetapi semakin deras arus kehidupan itu Semakin akarnya tertanggal dari tanah Hingga suatu detik  Dahan itu teetanggal dari pasaknya Bersama aku di bawa arus yang deras
Di suatu waktu yang lain Aku ketemu seutas tali Kukuh terikat di batu Aku gapai ia untuk ku bergantung harap Malang tidak ku sangka Tali itu di potong seorang gadis yang tanpak naif berhati mulia
Terus aku dibawa arus yang entah di mana penghujungnya Tidak ku sambut sebarang bantuan Kerana gusar di perdaya dek harapan palsu Yang akhirnya menghancurkan hati kecil yang sedia rapuh Aku biar arus itu menentukan penghujungnya Mungkin arusnya akan surut  Atau mungkin ajal yang menjengah dahulu

Sekian, XOXO Adhwa

Kawan vs Kekasih

Assalamualikum wbt Hai awak awak semua... How are you? Im sorry for being so long not update anything in this blog Walaupun sebenarnya wawa ada banyak sangat cerita yang nak dikongsi, but i cant find a word to explain it.  So i choose to keep it by myself for a while. Maybe kalau ada masa berkelapangan i will write it here
Baiklah, berbalik kepadatajuk entry kali ni "KAWAN VS KEKASIH" Tajuk yang agak klise tapi bagi wawa ia sangat penting. But why? Because mostly people now a days tend to have crisis with this topic.
Wawa akan mulakan dengan definasi ataupun makna di sebalik tajuk kali ni.  Kawan vs Kekasih sebenarnya boleh di tafsirkan kepada dua maksud dan situasi
1. Pemberatan tumpuan ataupun bagaimana menghargai hubungan antara kamu dengan kawan dan kamu dengan kekasih. Situasi yang sesuai selalunya melibatkan pemilihan antara kawan mahupun pasangan anda.
2. Komplikasi yang berlaku dalam diri seseorang sama ada mahu menukar status perhubungan daripada kawan kepada kekasi…

Mencari Kepastian

Aku di landa kekeliruan Keliru dalam mencari jawapan Bagi persoalan yang punya jawapan Tetapi perlukan kepastian Dari tuan empunya badan
Aku masih dalam keliru Mencari makna untuk setiap tindakkanmu Tatapan matamu Tindak tandukmu Pertuturanmu Juga layananmu terhadapku
Aku sedar ada perbezaan di situ Tetapi hati ini masih tidak pasti Adakah perbezaan itu  Punya maksud yang aku cari Atau sekadar persahabatan
Aku cuma perlukan kepastian Bukan menuntut sebarang perhubungan Kerana bagi ku Biar bersahabat dahulu Tiba waktu yang tepat Akad menjadi saksi  Permulaan perhubungan itu.
Aku hanya pinta satu Tolong jelaskan kepadaku Erti sebenar tindakkanmu Agar aku tahu kedudukan aku ketika ini Untuk aku lebih menjaga rasa yang mulai tersemai di hati

Sekian, XOXO Adhwa