Posts

Showing posts from November, 2016

SUNYI

Dulu, Biar apa yang jadi aku masih punya kau Untuk aku kongsi kasih Untuk aku bergantung bahagia Semuanya kita buat bersama Andai dikumpul kita berenam Aku masih punya kau yang sama sama memegang status yang sama Tapi kini, Hanya satu kata Dari seorang lelaki yang entah benar ikhlas mahupun tidak Kau berubah seratus lapan puluh darjah Hanya nama si dia yang kau ungkap Aku hilang begitu sahaja Kala di kamar Semuanya asik dengan kekasih hati Suasananya tidak persis dahulu Tidak persis empat puluh lapan jam yang lalu Aku terus diabaikan Aku terus terpinggir Sepi di penjuru kamar Mengharapkan ini semua mimpi Kering air mata ini Bila memikirkan nasib diri Kala berenam Aku kembali menyendiri Hingga aku rasa Biarlah aku sendiri Teruskan sisa-sisa waktu ini sendiri Mereka terlalu sibuk dengan cinta Yang entah hingga mana pengakhirannya Sedangkan cinta sebenar seorang sahabat itu Yang akan terus kekal hingga ke jannah Aku terasa dengan kalian Sakitnya itu ti

Kau Bilang

Kau bilang Hapuskan cinta itu Semuanya hanya dusta Kau bilang Jauhkan kau dari cinta Kerna dia kau terluka Kau bilang Tutupkan matamu bila cinta menjengah Kau tak kuat melawan panahnya Aku pegang kata kau Aku ikat bicara kau Namun apa yang aku dapat?? Kau malah bersuka ria bersama cinta Aku kau dustakan SUMPAH AKU TAK PERCAYA KAU...

Lamaran

Bukan aku tak suka Namun aku takut untuk terikat Cara kau melayani aku buat aku tertarik Namun akal aku kuat menolak kau Aku tak pasti apa yang aku rasa Aku masih keliru memikirkannya Kata-kata kau pada malam itu Tipulah andai aku tak gembira Memang itu yang aku nantikan setelah sekian lama Tetapi terbit satu rasa kurang enak Jujurkah lamaran itu Ataupun sebaliknya Aku keliru untuk tindakkan seterusnya Perlukah aku menanti kau Atau perlukah aku teruskan sahaja jalan cerita aku ini Aku suka kau tapi aku turut sayangkan dia Tapi kedua-duanya masih tidak pasti Adakah ia tulus atau hanya sekadar FAKE