Posts

Showing posts from May, 2018

Suara Kecil

Sunyi Hanya aku sendiri di sini Tiada berteman tiada penghuni  Hati aku kosong Tak dapat aku gambarkan  Bertapa aku perlu seseorang untuk temankan aku Tetapi akhirya aku yang buang semua tu Aku masih tidak dapat kawal diri sendiri Masih aku ingat etika di bangku sekolah Situasi yang sama terjadi pada aku Suara yang sama hadir memberi arahan Aku tewas kala itu Aku hilang teman yang aku punya Hanya kerana suara kecil itu Kini Ia datang lagi Punca aku bertelagah dengan insan yang paling takut untuk hilang Suara itu terus terusan memaksa aku membenci  Terus terusan memaksa aku menimbulkan perbalahan Aku penat Aku penat patuh pada suara itu Tapi aku tak punya cara  Tiada jalan untuk aku lari Aku akan terus menjadi hamba suara itu Mungkin sampai mati...