SUNYI
Dulu, Biar apa yang jadi aku masih punya kau Untuk aku kongsi kasih Untuk aku bergantung bahagia Semuanya kita buat bersama Andai dikumpul kita berenam Aku masih punya kau yang sama sama memegang status yang sama Tapi kini, Hanya satu kata Dari seorang lelaki yang entah benar ikhlas mahupun tidak Kau berubah seratus lapan puluh darjah Hanya nama si dia yang kau ungkap Aku hilang begitu sahaja Kala di kamar Semuanya asik dengan kekasih hati Suasananya tidak persis dahulu Tidak persis empat puluh lapan jam yang lalu Aku terus diabaikan Aku terus terpinggir Sepi di penjuru kamar Mengharapkan ini semua mimpi Kering air mata ini Bila memikirkan nasib diri Kala berenam Aku kembali menyendiri Hingga aku rasa Biarlah aku sendiri Teruskan sisa-sisa waktu ini sendiri Mereka terlalu sibuk dengan cinta Yang entah hingga mana pengakhirannya Sedangkan cinta sebenar seorang sahabat itu Yang akan terus kekal hingga ke jannah Aku terasa dengan kalian Sakitnya itu ti...