Mencari Kepastian
Aku di landa kekeliruan Keliru dalam mencari jawapan Bagi persoalan yang punya jawapan Tetapi perlukan kepastian Dari tuan empunya badan Aku masih dalam keliru Mencari makna untuk setiap tindakkanmu Tatapan matamu Tindak tandukmu Pertuturanmu Juga layananmu terhadapku Aku sedar ada perbezaan di situ Tetapi hati ini masih tidak pasti Adakah perbezaan itu Punya maksud yang aku cari Atau sekadar persahabatan Aku cuma perlukan kepastian Bukan menuntut sebarang perhubungan Kerana bagi ku Biar bersahabat dahulu Tiba waktu yang tepat Akad menjadi saksi Permulaan perhubungan itu. Aku hanya pinta satu Tolong jelaskan kepadaku Erti sebenar tindakkanmu Agar aku tahu kedudukan aku ketika ini Untuk aku lebih menjaga rasa yang mulai tersemai di hati Sekian, XOXO Adhwa