Tergantung Sepi
Aku manusia biasa Punya hati dan rasa Punya impian dan cita cita Masih lemah mencari erti kehidupan Terkapai-kapai menghirup udara kehidupan yang deras arusnya Sampai suatu ketika Aku ketemu dahan yang menjadi kebergantunganku Aku letakkan sepenuh kepercayaan pada dahan itu Pada mulanya dia mampu menampungku Tetapi semakin deras arus kehidupan itu Semakin akarnya tertanggal dari tanah Hingga suatu detik Dahan itu teetanggal dari pasaknya Bersama aku di bawa arus yang deras Di suatu waktu yang lain Aku ketemu seutas tali Kukuh terikat di batu Aku gapai ia untuk ku bergantung harap Malang tidak ku sangka Tali itu di potong seorang gadis yang tanpak naif berhati mulia Terus aku dibawa arus yang entah di mana penghujungnya Tidak ku sambut sebarang bantuan Kerana gusar di perdaya dek harapan palsu Yang akhirnya menghancurkan hati kecil yang sedia rapuh Aku biar arus itu menentukan penghujungnya Mungkin arusnya akan surut At...