CANTIK BEAUTIFUL
Assalamualikum uollss..
Untuk masa ini wawa ada masa untuk update blog berikutan
saya dah mula cuti semester.
Okey kita berbalik kepada kepala tajuk kita. Cantik. Cantik
ini sebenarnya satu perkataan ataupun ungkapan yang paling di sukai oleh semua
golongan yang bergelar manusia. Tak kira la lelaki ke perempuan ke, muda ke tua
ke kanak-kanak ke. Semua sama sahaja. Cantik ini subjektif. Dinilai tanpa
sebarang halangan. Perspektif setiap individu terhadap cantik ini adalah
berbeza. Namun seperti biasa, menurut Kamus Dewan, cantik adalah sesuatu yang
indah, molek di pandang dan menjadi pujian sekalian manusia. Cantik itu
sebenarnya datanag daripada ciptaaan Yang Maha Sempurna.
Bercakap mengenai cantik ini, wawa nak kongsikan satu jenis
penyakit yang jarang orang perasan berkaitan cantik. Agak-agak apa dia????
“OBSESS DENGAN KECANTIKAN”
Masalah ini selalunya di kaitkan dengan kaum wanita. Sebagai
wanita itu lumrah untuk kita sentiasa mengingikan kelihatan cantik. Namun ada
segelintir wanita yang terlalu obsess dengan kecantikkan sehngga sanggup
membahayakan diri sendiri. As example yang sanggup lakukan plastic surgery
semata-mata untuk kelihatan cantik. Di ubahnya ciptaan Yang Maha Pemcipta
begitu sahaja tanpa ada sedikit gentar pun. Tak salah untuk kita kelihatan
cantik namun bukanlah sehingga sanggup mengubah rupa yang telah Allah SWT
ciptakan. Ia boleh mendatangkan kemungkaran Allah. Tak cukup dengan plastic
surgery di tambah pulak dengan pemakaian susuk. Ini lagi merungsingkan kerana
perbuatan pemakaiaan sususk ini telah jatuh hukum syirik kerana kita
menggunakan khidmat makhluk halus ataupun lebih jelas susuk merupakan perbuatan
yang menggunakan syaitan laknatulllah. Syirik boleh membawa kepada murtad dan
keluar dari Islam yang suci ini. Ini tidak termasuk lagi dengan pemujaan dan
amalan yang bercanggah dari Islam hanya kerana ingin kelihatan cantik dan awek
muda. Asstarfirulllah hal’azim. Perkara sedemikian sangat di murkai oleh Allah
SWT. Sepatutnya sebagai muslim yang sejati kita tidak sewajarnya melakukan
perbuatan yang bertentangan dengan akhlak islam. Islam sendiri telah
melandaskan syariat untuk wanita berhias. Sesungguhnya syariat Islam itu indah.
Cuba kita lihat wanita wanita yang bertudung pada masa kini. Biarpun mereka
bertudung dan menutup aurat namun mereka masih lagi boleh berfesyen mengikut
syariat dan panduan yang telah ditetapkan oleh Islam. Malah yang bertudung
labuh itu kelihatan lebih menawan dan cantik malah sopan dan sedap mata
memandang.
Cuba kita kaji kembali faktor gelaja social di Malaysia
semakin meningkat dari hari ke hari. Sebenarnya factor yang paling besar sekali
adalah tatacara berpakaian. Umat islam sekarang semakin lalai dengan cara
pemakaian menurut Islam. Di dedahkannya aurat sesuka hati. Andai bertutup, di
ketatkannya pakaian itu sehingga menampakkan bentuk tubuh. Ia seolah olah
membalut aurat bukannya menutup aurat. Wawa pakai contoh yang di beri oleh prof
wawa untu subjek CTU. Ustazah cakap “Islam di Malaysia ni banyaknya hanya Islam
pada kad pengenalan tapi jahil pada diri sendiri. Yang perempuannya selalu
menjual diri. Konon katanya “kami dah tutup aurat kami biarpun ketat tapi masih
tutup aurat kan”. Mazhab mana depa tu pakai pun ustazah tak tau la. Tu namanya
bukan tutup aurat tapi balut aurat. Kalau tutup aurat macam kita tutup makanan
atas meja makan dengan tudung saji. Litup semuanya dan tak nampak di dalamnya.
Bukanya kita balut makanan yang macam orang jual dekat supermarket tu.” Bila ustazah cakap macam ni masa lecture
haritu, wawa tersentap sebenarnya. Aku ni bukannya tutup aurat, tapi balut
aurat. Macam mana aku nak jadi muslimah yang sejati sedangkan perkara yang
penting sekalipun aku tak boleh nak jaga. Sejak pada tu wawa mula tutup aurat
dan bukan nya balut aurat.
Okey. Wawa nak kongsi satu cerita. Adalah sorang hamba Allah
ni dia sangat obsess dengan kecantikan. Dia kalau boleh nak cantik, nak putih
macam model gitu. Dia suka sangat puji orang ni cantik la apa la. Dia makan and
pakai macam macam produk untuk jadi putih dan cantik. Sanggup habiskan beribu
untuk nampak cantik saja. Mulanya wawa perati je la. But makin lama wawa tengok
lain macam sikit. Dia macam tak bersyukur dengan apa yang Allah dah kasi pada
dia. Dia selalu cakap “nanti bila aku cantik…”
. Pernah sekali dia cakap dia nak jadi cantik sebab dia nak buktikan
pada orang yang dia cantik. Di nak Tarik perhatian orang dengan kecantikkan dia
tu. Wawa rasa benda ni salah. Totally salah sebab cantiknya seseorang itu hanya
untuk tatapan mahram kita sahaja dan untuk suami kita. Bukannya untuk tatapan
sejagat manusia. Lagi satu, apa gunanya cantik kalau akhlak buruk. Cantik itu
dating dari dalam bukan hanya luaran semata mata. Perbaiki diri dahulu. Jaga
tutur kata, jaga tingkah laku. Jangan mudah untuk melenting bila marah. Jangan
mudah putus asa bila kecundang. Jangan mudah meninggi diri bila di atas. Itu
baru cantik namanya. Cantik luar dan dalam.
So akhir kata dari wawa, JOM PAKAT PAKAT KITA JADI CANTIK,
LUAR DAN DALAM. CANTIK KERANA ISLAM.
Sekian,
XOXO
Adhwa
Comments
Post a Comment