Gadis Suci

Detik waktu
Terus berjalan meninggalkan gadis itu
Tidak disangka
Waktu yang dimiliki begitu pantas berlalu
Umpama sinaran cahaya
Namun gadis itu masih alpha
Leka dengan duniawi
Hingga hilang pedoman diri
Hidupnya penuh dengan jahiliah
Masa silam yang menghantuinya
Membuatkan gadis itu seperti itu
Tiada siapa yang tahu
Tiada siapa yang mengerti
Hanya gadis itu sahaja yang mengetahui
Tapi itu semua memori dahulu
Yang kini hanya tinggal kenangan
Gadis itu telah pulang
Pulang kepada yang Esa
Hidupnya kini umpama cahaya
Yang kian terang menyinari alam
Keindahan prbadinya persis Rabiatul Ad'wiyah
Mulia tiada terkata
Akhlak yang indah di pandang
Menjadikan insan di sampingnya sentiasa tersenyum
Itulah dia si gadis suci

Karya
AdNa

Comments

Popular posts from this blog

Sukar

Tanpa Cinta

Maafkan Aku