Posts

Showing posts from May, 2016

Dia (Selamat Hari Guru)

DiaAntara insan pertama Yang hadir dalam mimpiku Memapah aku Membimbing aku Hingga aku kenal abjad, aksara dan alam Menjadi cahaya pada gelapku Menjadi pohon kala hujanku 
Dia Datangnya bukanlah di jemput Bukan pula di larang  Sentiasa setia bersamaku Menjadi pengiring untuk aku kenal ilmu di dada dunia
Dia Suatu ketika dulu Pernah aku tengking Pernah aku caci Pernah aku herdik Ingkar segala tunjuk ajarnya Segala ilmu yang di curah Kononya  Kebebasan aku terkurung Keseronokan aku terhalang Dengan segala naskah yang diberi Aku rasa terbeban, keliru Namun,  Dia sepantas kilat  Menari aku kembali Dari terus hanyut di bawa arus hedonisme  Sabarnya bukan kepalang Kata dia, aku masih muda berjiwa remaja Darah yang mengalir masih pekat merahnya Masih miskin pengalamannya Angkara itu langkah yang ku atur sumbang tanpa aku sedar
Dia Pernah terluka kerana kataku Namun di pantaskan pulihnya Kerana dia berpegang pada kata Bahawa barakah sesuatu ilmu datang dari redho pendeta Katanya, Dia punya amanah Yang beratnya tidak terpikul Namun b…