Maafkan Aku

Kini baru aku sedar
Rupanya dari December 2013
Kita dingin begini
Tika aku baca kembali
`chat' antara kita di muka buku
Aku dapat lihat di situ
Engkau umpama mula menjauhiku
Seperti ada jurang antar kita
Aku kerap di persalahkan
Dan terima kesalahan
Aku sedih
Tapi tak pernah terluah
Kerna aku takut kita terpisah
Aku cuba pertahankannya
Bagi aku
Biarlah aku ditomah
Biarlah aku di hina
Aku tak kisah
Asalkan ia terus kekal hubungan ini
Namun takdirNya
Aku tak kuat lagi
Tepukan itu tidak berbunyi
Kerna hanya sebelah tangan yang bekerja
Aku pasrah
Aku redha
Aku tak mampu memaksamu lagi
Aku tak mampu nelakukannya seorang diri
Biarpun aku masih mencintaimu
Namun aku terpaksa lepaskanmu
Di sebalik itu
Aku tetap berkerasa untuk mengekalkan persahabatan kita
Kerna apa ?
Kerna aku ingin terus bersamamu
Biapun tanpa aku disisimu
Aku ingin terus mencintaimu
Biarpun tanpa engaku sedari
Mungkin setelah di baca warkah ini
Engkau akan mula menjauhi ku
Atau mungkin membenciku
Aku pasrah
Kerna setelah lama aku simpan semuanya ini
Akhirnya aku temui kekuatan
Untuk berterus terang dengan mu
Aku tak kisah
Asal engkau terus bahagia di sana
Dan aku di sini akan terus mencintaimu
Hingga Hujung Nyawa




Sekian,
XOXO
Adhwa

Popular posts from this blog

Im Here

SUNYI

New Story New Chapter New Level