My Day In UNI

Assalamualikum korang semua.....

lama dah wawa rasa wawa ttak membebelkan diri kat sini kan. sorry. im a bit busy with my study. tambahn lagi course wawa ni berat. Diploma In Science. amanah yang wawa terima kali ini untuk menuntut ilmu.

sedar tak sedar dah nak habis satu semester wawa kat sini. banyak pengalaman pahit manis wawa hadapi kat sini.

start with first day im here. hahahah lawak kut. masih tak percaya yang wawa dah menjangkau ke alam yang seterusnya. tak de lagi cikgu yang boleh wawa nak manja manja. tak de lagi uniform sekolah yang warna kuning tu. tak de lagi perhimpunan mingguan yang selalu buat wawa pening kepala. tak de lagi makan free kat DM. tak de lagi  Muhammad Mirza Irfan  dekat sini. yang penting ak de lagi adik2 junior yang nak panggil wawa 'kak Adhwa'.

sesungguhnya wawa rindu sangat semua kenangan masa zaman sekolah. setiap saat di sekolah buatkan wawa rasa diri ini dihargai biarpun pada hakikatnya mungkin tak de yang nak menghargainya. heheheh

tau kenapa tetiba wawa rasa nak cungkil kenangan lalu ni. al kisahnya bermula bila tengok fb teacher suzi ku sayang.. oh my.. teacher post gambar kem perdana. seriously im jealous. dulu wawa ada di situ. but now im just looking to the pictures and feel jealous. biarpun dulu kem perdana la yang wawa paling tak suka. but now itu la yang paling wawa rindu. betul la kata orang " jang benci sangat, nanti rindu" and now i feel it. kenangan yang mana sama-sama tak mandi for one day sebab tak sempat. kenangan di mana daki bukit larut bersama2. then buat cheers untuk Charlie. hmm waktu dah berubah.

buat adik adik junior yang masih bersekolah, pesan akak ni dengar betul betul. korang hargailah masa korang dengan kawan kawan masa zaman sekolah. ambil gambar banyak banyak, supaya nanti bila dah berpisah gambar tu dapat ubat rindu kita. kalau boleh setiap event kat sekolah koang abadikan gambar. jangan risau. korang tak kan menesal suatu hari nanti. sebab dia, bila dah masuk uni semua sebuk dengan hal masing masing. nak jumpa ramai ramai macam dulu balik dah susah. kang ada yang cuti sorg lagi still study. yang sorg cuti yang lain exam. susah dah nak jumpa lepas ni.

lagi satu korang jang inagt duduk uni ni best. bebas. enjoy. actually tak. malah korang akan lagi stress sebab nak pikir banyak benda. mana nak study. mana nak pikir pasal duit belanja lagi. mana nak fikir pasal tanggungjawab lagi. korang semua better stand by korang punya mental n fizikal untuk hadapi semua ni.
dengan quiz keliling pingang, test lagi, assignment lg, project lagi, lab report lagi. LOL senang cite banyak sanagt la benda yang korang nak kna fikir.

jadi kesimpulannya, hargailah masa anda di zaman persekolahan. sebab bila masuk uni semua tu dah tak de. hilang macam tu je..

ok la korang semua. wawa nak sambung buat LIRA wawa ni.

see u soon.

Sekian,
XOXO
Adhwa


Popular posts from this blog

Im Here

SUNYI

New Story New Chapter New Level