CANTIK BEAUTIFUL

Assalamualikum uollss..
Untuk masa ini wawa ada masa untuk update blog berikutan saya dah mula cuti semester.
Okey kita berbalik kepada kepala tajuk kita. Cantik. Cantik ini sebenarnya satu perkataan ataupun ungkapan yang paling di sukai oleh semua golongan yang bergelar manusia. Tak kira la lelaki ke perempuan ke, muda ke tua ke kanak-kanak ke. Semua sama sahaja. Cantik ini subjektif. Dinilai tanpa sebarang halangan. Perspektif setiap individu terhadap cantik ini adalah berbeza. Namun seperti biasa, menurut Kamus Dewan, cantik adalah sesuatu yang indah, molek di pandang dan menjadi pujian sekalian manusia. Cantik itu sebenarnya datanag daripada ciptaaan Yang Maha Sempurna.

Bercakap mengenai cantik ini, wawa nak kongsikan satu jenis penyakit yang jarang orang perasan berkaitan cantik. Agak-agak apa dia????

“OBSESS DENGAN KECANTIKAN”

Masalah ini selalunya di kaitkan dengan kaum wanita. Sebagai wanita itu lumrah untuk kita sentiasa mengingikan kelihatan cantik. Namun ada segelintir wanita yang terlalu obsess dengan kecantikkan sehngga sanggup membahayakan diri sendiri. As example yang sanggup lakukan plastic surgery semata-mata untuk kelihatan cantik. Di ubahnya ciptaan Yang Maha Pemcipta begitu sahaja tanpa ada sedikit gentar pun. Tak salah untuk kita kelihatan cantik namun bukanlah sehingga sanggup mengubah rupa yang telah Allah SWT ciptakan. Ia boleh mendatangkan kemungkaran Allah. Tak cukup dengan plastic surgery di tambah pulak dengan pemakaian susuk. Ini lagi merungsingkan kerana perbuatan pemakaiaan sususk ini telah jatuh hukum syirik kerana kita menggunakan khidmat makhluk halus ataupun lebih jelas susuk merupakan perbuatan yang menggunakan syaitan laknatulllah. Syirik boleh membawa kepada murtad dan keluar dari Islam yang suci ini. Ini tidak termasuk lagi dengan pemujaan dan amalan yang bercanggah dari Islam hanya kerana ingin kelihatan cantik dan awek muda. Asstarfirulllah hal’azim. Perkara sedemikian sangat di murkai oleh Allah SWT. Sepatutnya sebagai muslim yang sejati kita tidak sewajarnya melakukan perbuatan yang bertentangan dengan akhlak islam. Islam sendiri telah melandaskan syariat untuk wanita berhias. Sesungguhnya syariat Islam itu indah. Cuba kita lihat wanita wanita yang bertudung pada masa kini. Biarpun mereka bertudung dan menutup aurat namun mereka masih lagi boleh berfesyen mengikut syariat dan panduan yang telah ditetapkan oleh Islam. Malah yang bertudung labuh itu kelihatan lebih menawan dan cantik malah sopan dan sedap mata memandang.

Cuba kita kaji kembali faktor gelaja social di Malaysia semakin meningkat dari hari ke hari. Sebenarnya factor yang paling besar sekali adalah tatacara berpakaian. Umat islam sekarang semakin lalai dengan cara pemakaian menurut Islam. Di dedahkannya aurat sesuka hati. Andai bertutup, di ketatkannya pakaian itu sehingga menampakkan bentuk tubuh. Ia seolah olah membalut aurat bukannya menutup aurat. Wawa pakai contoh yang di beri oleh prof wawa untu subjek CTU. Ustazah cakap “Islam di Malaysia ni banyaknya hanya Islam pada kad pengenalan tapi jahil pada diri sendiri. Yang perempuannya selalu menjual diri. Konon katanya “kami dah tutup aurat kami biarpun ketat tapi masih tutup aurat kan”. Mazhab mana depa tu pakai pun ustazah tak tau la. Tu namanya bukan tutup aurat tapi balut aurat. Kalau tutup aurat macam kita tutup makanan atas meja makan dengan tudung saji. Litup semuanya dan tak nampak di dalamnya. Bukanya kita balut makanan yang macam orang jual dekat supermarket tu.”  Bila ustazah cakap macam ni masa lecture haritu, wawa tersentap sebenarnya. Aku ni bukannya tutup aurat, tapi balut aurat. Macam mana aku nak jadi muslimah yang sejati sedangkan perkara yang penting sekalipun aku tak boleh nak jaga. Sejak pada tu wawa mula tutup aurat dan bukan nya balut aurat.

Okey. Wawa nak kongsi satu cerita. Adalah sorang hamba Allah ni dia sangat obsess dengan kecantikan. Dia kalau boleh nak cantik, nak putih macam model gitu. Dia suka sangat puji orang ni cantik la apa la. Dia makan and pakai macam macam produk untuk jadi putih dan cantik. Sanggup habiskan beribu untuk nampak cantik saja. Mulanya wawa perati je la. But makin lama wawa tengok lain macam sikit. Dia macam tak bersyukur dengan apa yang Allah dah kasi pada dia. Dia selalu cakap “nanti bila aku cantik…”  . Pernah sekali dia cakap dia nak jadi cantik sebab dia nak buktikan pada orang yang dia cantik. Di nak Tarik perhatian orang dengan kecantikkan dia tu. Wawa rasa benda ni salah. Totally salah sebab cantiknya seseorang itu hanya untuk tatapan mahram kita sahaja dan untuk suami kita. Bukannya untuk tatapan sejagat manusia. Lagi satu, apa gunanya cantik kalau akhlak buruk. Cantik itu dating dari dalam bukan hanya luaran semata mata. Perbaiki diri dahulu. Jaga tutur kata, jaga tingkah laku. Jangan mudah untuk melenting bila marah. Jangan mudah putus asa bila kecundang. Jangan mudah meninggi diri bila di atas. Itu baru cantik namanya. Cantik luar dan dalam.

So akhir kata dari wawa, JOM PAKAT PAKAT KITA JADI CANTIK, LUAR DAN DALAM. CANTIK KERANA ISLAM.

Sekian,
XOXO
Adhwa


Comments

Popular posts from this blog

Sukar

Tanpa Cinta

Maafkan Aku