Mati

MATI ITU PASTI

itu kata-kata yang selalu bermain dalam fikiran ini.
tah kenapa aku rasa ia hampir sangat dengan aku. mungkin benar. ia hampir dengan aku. mungkin usiaku tak mampu bertahan lama. aku tak kisah itu semua. malah aku redha kerana bagi aku, aku tak sanggup melihat kejatuhan islam yang kian lama kian jatuh menjunam. susila anak muda kini kian musnah dek hasutan zionis. aku juga tak terkecuali. lalai dengan duniawi hingga lupa akan tanggungjawab yang tergantung dan janji yang di ungkap di hadapan pencipta yang satu. 

bila aku berbicara dengan yang lain tentang masa depan. aku tertanya kembali sempat kah aku untuk berada di masa itu. hati aku kuat mengatakan TIDAK. Mati itu hadir bukan kerana sakit ini, namun kerana kemalangan.. aku takut sebenarnya. aku takut melihat keadaan aku ketika itu. aku tak mahu mati dalam keadaan mengaibkan sebegitu rupa. aku mhu mati ketika menghadap Tuhan Yang Maha Esa. ketakutan yang paling aku takut, kesedihan keluargaku. kesedihan sahabat ku, kesedihan kenalanku. aku tak mahu melihat mereka sedih kerna permegianku. aku tak sanggup melihat titisnya air mata ibu ku tak kala melihat jasadku terdampar. andai bisa biar semuanya di bekukan hati agar mereka tiada menitis walau setitik air matanya kerana aku. 

Ya Rabb,
Aku bermohon kehadapanMu, Enagkau matikanlah aku dalam iman. Engkau tutuplah aibku kala kematian menjemputku. Engkau tabahkanlah hati kedua orang tua ku dengan pemergian ku. hapuskanlah air mata mereka kala menitis. redhakanlah hati mereka dengan pemergianku kelak. Engkau lindungilah mereka sebagaimana mereke melindungiku. Engkau kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku. Engkau jauhilah mereka dari azab api nerakaMu yang pedih. 
aku bermohon padaMu Ya Allah...

Amin....
 

Comments

Popular posts from this blog

Sukar

Tanpa Cinta

Maafkan Aku