MENANGIS

Assalamualikum wbt..

episode 34/365
episode hari hari yang bayak menyedarkan wawa.
sedar tentang apa?
tentang nikmatnya kesihatan tubuh badan.

selama ini wawa terlampau leka dengan nikmat kesihatan yang Allah bagi pada wawa sampaikan wawa lupa untuk bersyukur kepadaNya. wawa leka kejar dunia tapi lupa kehidupan yang kekal nanti. wawa asik dengan kemegahan dunia sampai lupa kemegahan di akhirat nanti.

bila wawa sakit macam ni baru wawa sedar selama ni wawa terlampau leka sampaikan untuk ucapkan syukur pun jarang. bertapa miskinnya wawa dengan ucapan syukur ini. sesungguhnya ada sebab kenapa Allah kirimkan sakit ni untuk wawa kali ni. Dia masih mahukan wawa kembali kepadaNya. Alhamdulillah dan insyallah wawa akan lebih berusaha untuk ke arah itu.

kembali kepada topik utama.
MENANGIS

frasa ini selalu di ungkapkan dengan kesedihan dan lemah. dan selalunya ia di tujukan khas buat kaum wanita yang ternyata lemah zahir mereka. wawa tak nafikan. memang hampir kesemua wanita di dunia ini akan menitiskan air mata apabila ada sesuatu yang terjadi kepada mereka.
kadang kadang menangis itu dapat lupakan segalanya.

selalunya la menangis dek kerana sedih, kecewa, berduka, dan ada juga yang gembira. tapi ada sesetengah tangisan tu di tanpa sebab. situasi ni wawa pernah alami. satu petang tu wawa duduk mengadap langit. tengah khusuyuk mengadap langit sedar sedar ada titisan jernih yang jatuh. wawa tak tau kenapa. munggkin kerana tekanan yang wawa hadapi. tapi masih tak pasti.
but bila air mata tu dah kering rasa seperti satu beban hilang dari kepala. rasa lebih tenang untuk berfikir.

wawa ada baca satu artikal ni. dia cakap sebenarnya tangis yang kita hamburkan itu merupakan salah satu terapi tekanan yang dapat kita lakukan selain daripada mendengar music. cuba try lepas ni kalau rasa macam stress sangat, lepaskan dengan air mata. tapi yang la tunjuk depan orang. oarang akan anggap kita ni lemah. so paling effisient menangislah waktu tengah mandi. waktu tu kita akan rasa fresh sangat lepas mandi tu.

kesimpulannya, bila rasa je macam nak nagis, teruskan niat tu. lepaskan segalanya. jang pendam. lama lama dia akan meletup. lepaskan dan sujud lah pada Dia Yang Satu.
Insyallah...



Sekian,
XOXO
Adhwa

Comments

Popular posts from this blog

Sukar

Tanpa Cinta

Maafkan Aku