Salam Yang Sekian Lama

Assalamualaikum wbt..

Lama rasanya wawa tak post dekat sini. maaf... sebab wawa terlampau busy dengan study. bila dah habis final sebuk pulak menghabiskan masa dengan benda tak berfaedah. insyallah lepas ni wawa akan cuba sedaya mungkin untuk lebih kerap post dekat sini. insyallah i'll try...

#1

Cerita pertama untuk entry kali ini. Allhamdulillah..... Allah SWT bagi rezki pada wawa semester ni. Alhamdulillah, wawa masuk dalam golongan Anugerah Dekan... pointer??? haha tak terlampau tinggi sangat.. 3.67. but ini akan membakar semangat wawa untuk terus usaha supaya semester 3 ni wawa akan pastikan pointer wawa lebih dari 3.70. insyallah... doa doakan la wawa dapat capai target kali ni..

ok di sebabkan wawa dah dapat apa yang wawa azamkan masa awal semester 2, maka wawa pun dapat la reward dia... apa benda??? hehe tak mewah sangat. cukup sekadar sepersalinan telekung siti khadijah. wawa suka sangat. akhirnya wawa dapat juga telekung tu.


#2

Cerita kedua. Mesti ada yang tertanyakan kenapa post wawa sebelum ni tajuk Hilang??? Mari wawa kongsikan. Cerita dia bermula macam ni. Pada satu subuh, 10.3.2015 dalam jam 5.30 pg. Wawa bangun dengan niat nak study bio la sebab petang tu wawa ada test. Elok je wawa bangun, wawa dapat satu call. Nama yang tertera "MAMA". Masa tu wawa ingatkan mama call untuk kejutkan wawa. so wawa pun jawab dengan nada yang ceria la.. as usual.. But, apa yang wawa dengan dari sebelah sana, Tangisan. Esakkan. Hati wawa terus terdetik sesutu yang kurang senang. Namun cuba untuk wawa nafikan. "Kakak... Tokwan dah tak de" Ayat ini. Ayat ini la yang wawa dengar. Wawa cuba hadam ayat ini untuk sepuluh saat. Wawa cuba lagak tenang sepanjang bercakap dengan mama. Namun, hati mana mampu bertahan. seelok panggilan dimatikan. Curahan air mata membasahi pipi ini. Tak mampu berkata apa lagi. Hilang separuh jiwa ini. Hilang kunci semangat. Hilang insan yang wawa sangat sayang. Akal wawa tika itu tak mampu berfikir apa apa. hanya tangisan menemani diri ini. Pagi itu, Dalam jam 10 pagi, uncle wawa datang ambil wawa di kolej. Setiba di kampung, wawa terus dapatkan mama. Salam mama. Peluk mama. Wawa lepaskan separuhnya kepada mama. Setelah itu baru wawa pergi menghadap sekujur tubuh yang wawa sangat kenali. Tubuh yang dulunya mengendong wawa. Tubuh yang dulunya wawa peluk ketika membonceng basikal bersamanya. Tubuh yang wawa amat sayangi yang amat wawa rindui...

Kini hampir 3 bulan permegiannya. kekesongan itu masih dapat wawa rasakan. suasana pada hari itu masih bermain di kaca mata... Puasa tahun ini. Raya tahun ini adalah yang pertama tanpanya.
Wawa rindu sangat nak dengar suaranya, senyumannya, gelak tawanya, nasihatnya... Wawa rindu...

Semoga tokwan tenang di sana. Semoga tokwan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.
Ameen...

Al- Fatihah....


Sekian,
XOXO
Adhwa

Popular posts from this blog

Im Here

New Story New Chapter New Level

SUNYI