SUNYI

Dulu,
Biar apa yang jadi aku masih punya kau
Untuk aku kongsi kasih
Untuk aku bergantung bahagia
Semuanya kita buat bersama
Andai dikumpul kita berenam
Aku masih punya kau yang sama sama memegang status yang sama

Tapi kini,
Hanya satu kata
Dari seorang lelaki yang entah benar ikhlas mahupun tidak
Kau berubah seratus lapan puluh darjah
Hanya nama si dia yang kau ungkap
Aku hilang begitu sahaja

Kala di kamar
Semuanya asik dengan kekasih hati
Suasananya tidak persis dahulu
Tidak persis empat puluh lapan jam yang lalu
Aku terus diabaikan
Aku terus terpinggir
Sepi di penjuru kamar
Mengharapkan ini semua mimpi
Kering air mata ini
Bila memikirkan nasib diri

Kala berenam
Aku kembali menyendiri
Hingga aku rasa
Biarlah aku sendiri
Teruskan sisa-sisa waktu ini sendiri
Mereka terlalu sibuk dengan cinta
Yang entah hingga mana pengakhirannya
Sedangkan cinta sebenar seorang sahabat itu
Yang akan terus kekal hingga ke jannah

Aku terasa dengan kalian
Sakitnya itu tidak tertanggung oleh hati
Hari aku celaru kerana kalian
Hari aku gelita kerana kalian
Aku mungkin tampak biasa
Tapi yang benar-benar kenali aku
Akan sedar aku kecewa
Aku kini SUNYI...

Comments

Popular posts from this blog

Sukar

Tanpa Cinta

Maafkan Aku