Mencari Kepastian

Aku di landa kekeliruan
Keliru dalam mencari jawapan
Bagi persoalan yang punya jawapan
Tetapi perlukan kepastian
Dari tuan empunya badan

Aku masih dalam keliru
Mencari makna untuk setiap tindakkanmu
Tatapan matamu
Tindak tandukmu
Pertuturanmu
Juga layananmu terhadapku

Aku sedar ada perbezaan di situ
Tetapi hati ini masih tidak pasti
Adakah perbezaan itu 
Punya maksud yang aku cari
Atau sekadar persahabatan

Aku cuma perlukan kepastian
Bukan menuntut sebarang perhubungan
Kerana bagi ku
Biar bersahabat dahulu
Tiba waktu yang tepat
Akad menjadi saksi 
Permulaan perhubungan itu.

Aku hanya pinta satu
Tolong jelaskan kepadaku
Erti sebenar tindakkanmu
Agar aku tahu kedudukan aku ketika ini
Untuk aku lebih menjaga rasa yang mulai tersemai di hati


Sekian,
XOXO
Adhwa

Comments

Popular posts from this blog

Sukar

Tanpa Cinta

Maafkan Aku