Tergantung Sepi

Aku manusia biasa
Punya hati dan rasa
Punya impian dan cita cita
Masih lemah mencari erti kehidupan
Terkapai-kapai menghirup udara kehidupan yang deras arusnya

Sampai suatu ketika
Aku ketemu dahan yang menjadi kebergantunganku
Aku letakkan sepenuh kepercayaan pada dahan itu
Pada mulanya dia mampu menampungku
Tetapi semakin deras arus kehidupan itu
Semakin akarnya tertanggal dari tanah
Hingga suatu detik 
Dahan itu teetanggal dari pasaknya
Bersama aku di bawa arus yang deras

Di suatu waktu yang lain
Aku ketemu seutas tali
Kukuh terikat di batu
Aku gapai ia untuk ku bergantung harap
Malang tidak ku sangka
Tali itu di potong seorang gadis yang tanpak naif berhati mulia

Terus aku dibawa arus yang entah di mana penghujungnya
Tidak ku sambut sebarang bantuan
Kerana gusar di perdaya dek harapan palsu
Yang akhirnya menghancurkan hati kecil yang sedia rapuh
Aku biar arus itu menentukan penghujungnya
Mungkin arusnya akan surut 
Atau mungkin ajal yang menjengah dahulu


Sekian,
XOXO
Adhwa

Comments

Popular posts from this blog

Sukar

Tanpa Cinta

Maafkan Aku