Pemain Pentas Itu

Pemain pentas itu
Gah di agung kerna lakonnya
Tersenyum bangga is di pentas
Namun tiada siapa yang tahu
Hakikat hatinya telah mati
Di turis di hiris
Tak terubat

Di pentas,
Dia tersenyum dengan manis
Dia tertawa dengan bahagia
Sedangkan dia mati di dalam
Menghitung waktu untuk terkubur

Lakonnya bukan sahaja di pentas
Malah terbawa ke dunia realiti
Di pendam segala rasa
Di pujuk segala luka
Biarpun di robek hatinya dek manusia bertopengkan puaka
Namun dia masih tetap tersenyum
Mengadakan alasan tidak ingin menyakiti sesiapa pun
Biarpun semakin hari
Hatinya semakin kritikal

Sekian,
xoxo
Adhwa

Comments

Popular posts from this blog

Sukar

Tanpa Cinta

Maafkan Aku