Sayonara 2017

Assalamualikum wbt.
Selamat tahun baru semua…..

2017 menjadi saksi bertapa banyaknya air mata aku tabur. Dari awal tahun hinggalah ke penghujung 2017. Terlampau banyak yang mengajara aku.
Untuk aku jadi lebih berdikari setelah jauh di lempar ke bandaraya yang aku sendiri tak pernah terfikir untuk belajar di sini.
Untuk aku lebih kuat dan matang dalam menghadapi tahun-tahun yang mendatang.
Untuk aku menjadi seorang gadis yang mampu mengawal emosi supaya lebih stabil dan tidak melukakan sekeliling.
Untuk aku buka hati aku memberi peluang untuk insan insan yang ikhlas dalam perhubungan dengan aku.
Untuk aku lebih terbuka menerima kekecewaan dan jadikannya sebagai pembakar semangat.
Untuk aku mulakan langkah menggunakan prinsip “berkawan biar beribu, berkasih biar satu”
Dan tidak lupa juga untuk aku meletakkan fokus aku kepada cita-citaku
Impian mama dan abah
Harapan adik adik

Jutaan terima kasih buat individu yang tak pernah jemu menjadi pendengar dan penasihat aku sepanjang kejatuhan aku yang bergolek itu.
Terima kasih kerana sanggup menadah telinga mendengar omelan aku yang kadang aku rasa berulang-ulang aku ceritakan
Terima kasih sebab sudi melayang kerenah aku yang sememangnya macam budak budak yang banyak ikut emosi
Terima kasih sebab sudi jadi peneman aku hilangkan carving aku on makanan.
Terima kasih kerana menjadikan tahun 2017 ini sebagai tahun yang mendidik aku

Maaf aku pohon andai aku, manusia biasa ini,puya khilaf dengan kalian.
Secara sengaja mahupun tidak sengaja
Jika terhutang dan sebagainya, aku mohon halalkan
Andai terkasar bahasa aku, aku mohon maaf
Andai tersuka tanpa sengaja, aku mohon maaf
Andai terasa hati dengan aku, aku mohon maaf
Andai terluka dengan aku, aku mohon maaf.

Semoga tahun 2018 iniakan menjadi titikpermulaan segala-galanya
Titik di mana tiada lagi kekecewaan dalam kehidupan Adhwa Nasuha
Semoga tahun ini akan menjadi platform kejayaan dan rezki yang melimpah ruah dari Dia Yang Maha Pemurah


Sekian,
xoxo
Adhwa


Comments

Popular posts from this blog

Sukar

Tanpa Cinta

Maafkan Aku