Suara Kecil

Sunyi
Hanya aku sendiri di sini
Tiada berteman tiada penghuni 
Hati aku kosong
Tak dapat aku gambarkan 
Bertapa aku perlu seseorang untuk temankan aku
Tetapi akhirya aku yang buang semua tu
Aku masih tidak dapat kawal diri sendiri
Masih aku ingat etika di bangku sekolah
Situasi yang sama terjadi pada aku
Suara yang sama hadir memberi arahan
Aku tewas kala itu
Aku hilang teman yang aku punya
Hanya kerana suara kecil itu
Kini
Ia datang lagi
Punca aku bertelagah dengan insan yang paling takut untuk hilang
Suara itu terus terusan memaksa aku membenci 
Terus terusan memaksa aku menimbulkan perbalahan
Aku penat
Aku penat patuh pada suara itu
Tapi aku tak punya cara 
Tiada jalan untuk aku lari
Aku akan terus menjadi hamba suara itu
Mungkin sampai mati...



Comments

Popular posts from this blog

Sukar

Tanpa Cinta

Maafkan Aku